Pembaharuan Kad Hijau / Kad Personel Binaan CIDB

Portal Atas Talian Bagi Pengurusan Pekerja & Syarikat Dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

Kad Pintar Personel Binaan CIDB

Kad Hijau CIDB juga dikenali sebagai Kad Personel Binaan. Ia adalah perakuan bagi pekerja binaan yang telah menjalani kursus & latihan keselamatan di tapak pembinaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia atau juga dikenali sebagai Construction Industry Development Board (CIDB) Malaysia. Setiap pekerja binaan samada pekerja tempatan atau pekerja asing WAJIB berdaftar sebagai Personel Binaan dan memiliki Kad Hijau yang sah selaras dengan Seksyen 33, Akta CIDB 520.

 

Berkuatkuasa mulai 15 Oktober 2019, CIDB Malaysia memperkenalkan Kad Pintar Pendaftaran Personel Binaan baharu yang telah dinaiktaraf seiring dengan kemajuan teknologi. Kad Pintar ini iaitu EMV Green Card programme yang direkabentuk dengan meningkatkan ciri-ciri keselamatan serta penggabungan Kad Pintar ini bercirikan transaksi perdagangan.

Personel binaan yang telah memiliki Kad Pintar CIDB hanya perlu memperbaharui pendaftaran personel binaan secara atas talian. Kad Pintar hanya akan dicetak semula sekiranya personel binaan membuat permohonan gantian kad hilang atau rosak.

Cara Mudah Perbaharui Kad Personel Binaan (Kad Hijau CIDB)

Langkah 1

Isikan Borang Pembaharuan Kad Hijau CIDB anda dengan maklumat yang betul & tepat.

Langkah 2

Buat bayaran pembaharuan Kad Hijau CIDB anda secara atas talian (online).

Langkah 3

Dapatkan Kad Hijau CIDB anda yang diperbaharui di pejabat CIDB yang dipilih.

Soalan Lazim
Siapakah MyCIDB?

MyCIDB adalah servis pembaharuan Kad Hijau CIDB yang disediakan oleh CM Management & Consultancy kepada pemegang Kad Hijau CIDB.

Bagaimana MyCIDB boleh membantu saya?

MyCIDB boleh menguruskan pembaharuan Kad Hijau CIDB anda dengan cepat & mudah. 

Berapa lama tempoh kelulusan pembaharuan Kad Hijau CIDB?

Maksima 3 hari bekerja.

Bagaimana untuk dapatkan Kad Hijau CIDB yang diperbaharui?

Di cawangan CIDB yang dipilih setelah diluluskan.

Bagaimana saya boleh dapatkan Kad Hijau CIDB di cawangan CIDB yang terpilih?

Setelah pembaharuan Kad Hijau CIDB  diluluskan (maksima 3 hari bekerja), anda akan menerima resit rasmi CIDB melalui email. Bawa resit rasmi tersebut untuk dapatkan Kad Hijau CIDB yang diperbaharui di cawangan CIDB yang terpilih.

Jika pembaharuan Kad Hijau CIDB tidak berjaya, adakah wang saya dikembalikan?

Ya. 100% bayaran dikembalikan jika pembaharuan tidak berjaya.

Perbaharui Kad Hijau CIDB Anda Secara Online

Hakcipta Terpelihara 2020 © MyCIDB.com

MyCIDB @ CM Management & Consultancy (002981896-H) adalah penyedia perkhidmatan bagi pengurusan pembaharuan Kad Personel Binaan / Kad Hijau CIDB & lesen CIDB dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).​ Dengan melayari laman web ini, anda bersetuju dengan Terms & Conditions dan membenarkan MyCIDB @ CM Management & Consultancy (002981896-H) untuk menguruskan permohonan anda.