Cari
  • Zue

Cara Mudah Perbaharui Kad Personel Binaan CIDB

Di MyCIDB kami bukan sahaja sediakan servis pembaharuan Kad Personel Binaan (Kad Hijau) CIDB untuk

pekerja tempatan malah untuk pekerja asing juga. Berikut merupakan cara cepat & mudah untuk perbaharui Kad Personel Binaan CIDB anda:



1. Layari laman web MyCIDB & klik butang "Perbaharui Sekarang".


2. Kemudian, pilih jenis pemegang kad Personel Binaan CIDB samada untuk pekerja tempatan atau pun pekerja asing.


3. Kemudian, isikan maklumat pemegang kad & buat bayaran pembaharuan Kad Personel Binaan CIDB secara online melalui sistem bayaran online ToyyibPay.



4. Anda akan dibawa ke laman web Toyyibpay untuk membuat bayaran. Bayaran boleh dibuat samada melalui online banking (FPX) atau menggunakan kad debit/kredit (Rujuk A). Jika anda membuat bayaran secara online banking (FPX), sila pilih bank berkaitan (Rujuk B) & isikan maklumat anda (Rujuk C). Kemudian tekan butang "Proceed" dan lengkapkan bayaran anda.



5. Hanya permohonan yang beserta dengan bayaran sahaja akan diproses. Pas Sementara CIDB akan dihantar ke email anda dalam tempoh 24 jam dan ianya boleh digunakan untuk tempoh 6 bulan. Berikut adalah contoh Pas Sementara CIDB:



6. Kemudian, Kad Personel Binaan (Kad Hijau) CIDB anda yang baharu akan dihantar oleh CIDB ke alamat seperti di kad pengenalan anda atau ke alamat majikan anda yang terakhir. Berikut adalah contoh Kad Personel Binaan (Kad Hijau) CIDB versi terkini:




Terima kasih.





Hakcipta Terpelihara 2020 © MyCIDB.com

Disclaimer

MyCIDB @ CM Management & Consultancy (002981896-H) adalah penyedia perkhidmatan bagi pengurusan pembaharuan Kad Personel Binaan / Kad Hijau CIDB & lesen CIDB dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).​Dengan melayari laman web ini, anda bersetuju dengan Terms & Conditions dan membenarkan MyCIDB @ CM Management & Consultancy (002981896-H) untuk menguruskan permohonan anda.

Menu

Perkhidmatan