Cari
  • Lisa

Perkara Asas Perlu Tahu Untuk Jadi Kontraktor



Kontraktor adalah pihak yang diberi tugas atau mandat untuk jalankan sesuatu kerja berbentuk projek atau bekalan kepada pihak yang menawarkan kerja yang juga dikenali sebagai pemilik atau klien. Di kalangan kontraktor, mandat atau tawaran ini adalah berbentuk Surat Tawaran atau juga dikenali sebagai Letter of Offer (LO). Surat Tawaran hanya diberi kepada kontraktor yang memenangi sesuatu tender atau sebutharga sahaja.


Pemilik selalunya terdiri daripada pihak kerajaan, badan berkanun atau pihak swasta yang mahu mengadakan sesuatu kerja/projek dan memerlukan kepakaran tertentu bagi melaksanakannya. Bagi tujuan ini, pemilik akan mengeluarkan tender/sebutharga dan memanggil kontraktor-kontraktor yang berminat untuk mendapatkan tender tersebut.


Tender & Sebutharga

Pihak yang paling banyak mengeluarkan tender adalah pihak kerajaan melalui agensi atau jabatan-jabatan seperti JKR, Pejabat Daerah, Majlis Daerah , JPS, dan banyak lagi jabatan lain yang melalui kementerian masing-masing.


Tender-tender ini akan dikeluarkan sendiri melalui jabatan masing-masing atau melantik agensi yang lebih arif seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) atau pihak luar seperti firma-firma perunding civil, juruukur bahan, arkitek dan lain-lain bergantung kepada jenis kerja dan anggaran kos.


Apabila dokumen tender siap, pihak yang berkenaan akan mengiklankan tender samaada di akhbar-akhbar, papan kenyataan di jabatan-jabatan kerajaan atau di laman web masing-masing. Bergantung kepada jenis dan nilaian sesuatu projek tersebut.


Nilaian kos sesuatu projek akan menentukan kelas kontraktor yang boleh menyertai tender tersebut samada kelas A, B, BX, C, D, E, atau F.


Kelas Pendaftaran Bagi Kontraktor

Kontraktor dibenarkan berdaftar dalam satu kelas sahaja. Sebagai contoh Kontraktor Kelas F; Ia dikhaskan untuk syarikat perseorangan/perkongsian Bumiputera dan syarikat-syarikat yang 100% Bumiputera dari segi pegangan saham, Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Pekerja.


Kontraktor yang berdaftar hanya dibenarkan menyertai tender yang dipelawa bagi kelas pendaftaran yang ianya didaftarkan.


Hakcipta Terpelihara 2020 © MyCIDB.com

Disclaimer

MyCIDB @ CM Management & Consultancy (002981896-H) adalah penyedia perkhidmatan bagi pengurusan pembaharuan Kad Personel Binaan / Kad Hijau CIDB & lesen CIDB dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).​Dengan melayari laman web ini, anda bersetuju dengan Terms & Conditions dan membenarkan MyCIDB @ CM Management & Consultancy (002981896-H) untuk menguruskan permohonan anda.

Menu

Perkhidmatan