Cari
  • Zue

Tanggungjawab & Obligasi Sebagai Kontraktor



Kontraktor hendaklah mematuhi peruntukan-peruntukan Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (”AKTA 520”) (PINDAAN 2011) peraturan-peraturan yang dibuat dibawahnya dan apa-apa terma, syarat-syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Lembaga dari masa ke semasa.


Berikut adalah syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh kontraktor:


  1. Mengemukakan maklumat maklumat mengenai apa-apa kerja pembinaan atau projek dalam tempoh empat belas (14 hari) selepas di awad.

  2. Mengemukakan apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh Lembaga dari masa ke semasa.

  3. Mempamerkan Perakuan Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Lembaga atau salinan Perakuan Pendaftaran yang diperakui oleh Lembaga di tempat perniagaannya.

  4. Mempamerkan nombor pendaftaran atas papan tanda di setiap tapak pembinaannya.

  5. Mematuhi prinsip-prinsip yang dinyatakan dalam Buku Kod Etika Kontraktor CIDB. .

  6. Melantik perkerja binaan mahir dan penyelia tapak yang diakreditasi dan diperakui oleh Lembaga.

  7. Tidak boleh menyertai mana-mana tender atau melaksanakan apa-apa kerja pembinaan selepas habis tempoh Perakuan dan sehingga ianya diperbaharui.

  8. Tidak boleh mengakujanji untuk membina apa-apa projek pembinaan yang melebihi nilai kerja pembinaan yang dinyatakan di bawah gred pendaftaranya.

  9. Tidak boleh melaksanakan apa-apa projek pembinaan di luar kategori pendaftarannya.

  10. Semua pekerja ditapak bina hendaklah mempunyai Kad Personel Binaan yang masih sah.

Hakcipta Terpelihara 2020 © MyCIDB.com

Disclaimer

MyCIDB @ CM Management & Consultancy (002981896-H) adalah penyedia perkhidmatan bagi pengurusan pembaharuan Kad Personel Binaan / Kad Hijau CIDB & lesen CIDB dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).​Dengan melayari laman web ini, anda bersetuju dengan Terms & Conditions dan membenarkan MyCIDB @ CM Management & Consultancy (002981896-H) untuk menguruskan permohonan anda.

Menu

Perkhidmatan