Pembaharuan Kad Personel Binaan / Kad Hijau CIDB

Portal Atas Talian Bagi Pengurusan Pekerja & Syarikat Dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

Proses Permohonan Cepat & Mudah

Profesional & Berpengalaman Tinggi

Kadar Bayaran Fleksibel & Berpatutan

Pendaftaran Kontraktor Dengan CIDB

Berkuatkuasa mulai 20 Julai 1995, adalah mandatori untuk semua kontraktor samada tempatan atau asing untuk berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB dibawah Seksyen 25 Akta 520 (Pindaan 2011) sebelum mengakujanji dan menyempurnakan apa-apa kerja pembinaan di Malaysia kecuali mereka yang diberi pengecualian di bawah Seksyen 40(1) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520).

Mana-mana kontraktor yang melanggar Seksyen 25 apabila disabitkan, boleh di denda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi satu ratus ribu ringgit dibawah Seksyen 29. Dibawah Seksyen 30 Lembaga boleh melalui notis bertulis yang disampaikan kepada kontraktor untuk berhenti daripada memulakan atau meneruskan kerja pembinaan atau mengakujanji untuk menjalankan atau menyiapkan kerja pembinaan.

Kad Pintar Personel Binaan CIDB

Kad Hijau CIDB juga dikenali sebagai Kad Personel Binaan. Ia adalah perakuan bagi pekerja binaan yang telah menjalani kursus & latihan keselamatan di tapak pembinaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia atau juga dikenali sebagai Construction Industry Development Board (CIDB) Malaysia. Setiap pekerja binaan samada pekerja tempatan atau pekerja asing WAJIB berdaftar sebagai Personel Binaan dan memiliki Kad Hijau yang sah selaras dengan Seksyen 33, Akta CIDB 520.

 

Berkuatkuasa mulai 15 Oktober 2019, CIDB Malaysia memperkenalkan Kad Pintar Pendaftaran Personel Binaan baharu yang telah dinaiktaraf seiring dengan kemajuan teknologi. Kad Pintar ini iaitu EMV Green Card programme yang direkabentuk dengan meningkatkan ciri-ciri keselamatan serta penggabungan Kad Pintar ini bercirikan transaksi perdagangan.

Personel binaan yang telah memiliki Kad Pintar CIDB hanya perlu memperbaharui pendaftaran personel binaan secara atas talian. Kad Pintar hanya akan dicetak semula sekiranya personel binaan membuat permohonan gantian kad hilang atau rosak.

Bagaimana MyCIDB Dapat Membantu Anda

MyCIDB ditubuhkan bagi membantu menguruskan pekerja & majikan dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) supaya semua proses permohonan dapat disiapkan dengan lancar dalam tempoh yang minimum. Dengan kepakaran yang ada, setiap permohonan dapat disiapkan dengan lebih mudah & tidak membebankan anda.

Aliran Pendaftaran Kontraktor Dengan CIDB (Lesen CIDB G1-G7)

Buat bayaran deposit RM300 secara atas talian.

Isi Borang Permohonan & muat naik dokumen sokongan.

PERMOHONAN DIPROSES

MYCIDB

Terima Lesen CIDB melalui email @ kurier.

Buat bayaran baki setelah permohonan diluluskan.

Aliran Pembaharuan Kad Personel Binaan (Kad Hijau CIDB)

Buat bayaran pembaharuan kad secara atas talian.

Isi Borang Pembaharuan Kad Personel Binaan CIDB

PEMBAHARUAN DIPROSES

MYCIDB

Terima Kad Personel Binaan di pejabat CIDB @ kurier.

Terima Pas Sementara CIDB

Team MyCIDB

Cik Lisa

HR Officer

En. Harun

Executive Officer

Cik Mariam

Admin & Marketing Advisor

Perlukan bantuan?

Hantarkan pertanyaan di sini untuk sebarang bantuan tentang permohonan anda.

Hakcipta Terpelihara 2020 © MyCIDB.com

MyCIDB @ CM Management & Consultancy (002981896-H) adalah penyedia perkhidmatan bagi pengurusan pembaharuan Kad Personel Binaan / Kad Hijau CIDB & lesen CIDB dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).​ Dengan melayari laman web ini, anda bersetuju dengan Terms & Conditions dan membenarkan MyCIDB @ CM Management & Consultancy (002981896-H) untuk menguruskan permohonan anda.